Peraturan Penginapan

Patuhilah PERATURAN Guest House untuk keselesaan kita bersama.

i. Gunalah peralatan-peralatan yang terdapat di dalam apartment ini dengan cermat untuk mengelak ianya rosak yang mengakibatkan anda terpaksa menanggung kos tersebut.

ii. Sebagai orang Islam kita dilarang untuk tinggal berlainan gender dan bukan mahram, itulah juga peraturan penginapan disini.

iii. Makanan yang tidak halal disisi Islam, adalah haram untuk kita memakannya, maka peraturan penginapan tidak membenarkan ianya berada dalam apartment.

iii. Letaklah kereta anda di petak yang dikhaskan atau di petak pelawat.

iv. Islam mengajar kita tentang kebersihan. Oleh itu marilah kita menerapkannya dalam kehidupan kita. sila buang sampah dalam tong yang disediakan oleh kami atau di dalam tong besar di tepi blok F ini. Sila pastikan tiadanya sampah atau sebarang objek dibuang keluar dari unit apartment ini kerana ianya berbahaya.

v. Tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk apa2 barangan yang menyalahi peraturan negara Malaysia serta tidak dibenarkan menjalankan apa-apa aktiviti yang menyalahi peraturan negara Malaysia di dalam unit penginapan ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika ianya terjadi.

vi. Penginapan disini mempunyai kolam renang yang amat selesa untuk kanak-kanak dan dewasa. Tetamu dialu-alukan untuk menikmati keseronokannya. Tetapi sila pastikan anda mematuhi segala peraturan penggunaan kolam renang seperti yang ditetapkan


Tuesday 12 July 2011

Keselesaan Anda Keutamaan Kami

Kami di Comfort.Hstay dengan ini mengumumkan akan menguruskan sebuah penginapan ala-ala rumah tetamu atau guest house atau Homestay. InsyaAllah ianya akan mula beroperasi pada bulan September 2011.

Penginapan yang bertema "Keselesaan Anda Keutamaan Kami" ini bertempat di Kondominium Mutiara, Bandar Perda, Seberang Perai Tengah, P.Pinang. Kediaman ini berkeluasan 800sq.ft., antara yang paling luas diantara unit-unit blok yang ada disekitar sini.  Anda akan disajikan dengan pemandangan yang menarik memandangkan lokasinya yang terletak di tingkat atas blok F. Anda pasti teruja untuk menikmati permandangan sekitar dari kediaman anda.

Sebagai langkah mempromosikan kediaman ini, pihak kami akan memberikan harga promosi untuk sepanjang tahun 2011. Walaupun harga promosi, tetapi kami tetap mengutamakan keselesaan para tetamu yang berkunjung ke tempat penginapan kami. Kami menetapkan harga untuk tahun 2011 hanyalah RM130 sahaja semalam (tertakluk kepada perubahan).